Sunday, January 10, 2010

Kebahagiaan dunia cendawan









Ini pulak gambar cendawan hasil tuaian yang ketiga..starting wat sistem giliran. Fuh...perkara yang paling menyeronokkan dalam dunia cendawan ni ialah pemandangan tuaian yang berkembang elok dan sekata. kebahagiaannya tak terucap dengan kata-kata. pada sesape yang nak rasa, try la tanam cendawan. Seronok.. :D

my little partner

assalamualaikum wbt





kehidupan sepi tanpa teman. syukur, alhamdulillah..Allah mengurniakan saya seorang teman cilik dalam menguruskan rumah cendawan. actually, dia ni anak pada partner cendawan saya. maklumlah, partner saya seorang suri rumah. kadang-kadang kesibukan menguruskan rumahtangga. jadi, dititipkan anaknya untuk membantu. jika saya sibuk dengan urusan lain, saya serahkan je pada si cilik ni. tahulah dia nak petik cendawan mana, nak tutup atau buka bahagian beg mana dan macam mana nak siram etc. cita-cita dia nak jadi doktor bedah. agaknya bila dah besar, dia jadi doktor bedah + penanam cendawan :)

Thursday, January 7, 2010

Khabar rumah cendawan

assalamualaikum wbt,
Agak lama menyepi dari blog ni..maaf sangat.Agak sibuk dengan urusan seharian.Kali ni saya nak memaparkan serba sedikit cerita rumah cendawanku.

alhamdulillah..percubaan menternak cendawan di rumah tinggal bertempat di serkai jadi membuah hasil.setakat ni target pengeluaran kami adalah 2 kg sehari. pada penuaian yang ke tiga, target tercapai. minggu ini merupakan pusingan tuaian yang ke empat.cendawan dah mula mengecil. cuma minggu ni, tunas cendawan agak kurang rancak. kami tengah fikirkan sebab musababnya. huhu..






Thursday, December 3, 2009

news after raya

salam sejahtera..dan selamat petang (memandangkan sekarang waktu petang) :)
baru-baru ini ketika pulang berhari raya aidiladha dikampung, saya berpeluang untuk melawat ladang fatisha yang sungguh besar. alhamdulillah...tahniah saya ucapkan atas kejayaannya setakat ini yang boleh dibanggakan jugak. 4 bangsal penuh dengan cendawan. dan ada tanaman cendawan lain gak..kalu tak silap telinga kera rasanya. syabas fatisha. tapi saya tak ambil gambar pun coz tak plan waktu tu nak pergi.

hari ni baru balik ke tronoh semula, so baru dapat buka cendawan semula hari ni. this is the second time harvest for this batch. baru nak start giliran. first time harvest, saya bukak je semua beg coz cendawan kuar tak sekata for the first time. alhamdulillah...tempat baru ni looks better and give better results than before. hopefully, the production will achieve my estimation.wish me luck!

Tuesday, November 10, 2009

Selamat Datang :D

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selamat datang diucapkan kepada pengunjung CendawanLittle. Walaupun telah menjangkau 2 tahun usia kami berjinak-jinak dalam dunia cendawan ni, baru hari ni kami memperkenalkan diri di alam cyber ni...:) Diharapkan sahabat-sahabat cendawan dapat menerima kedatangan kami. 'Kami budak baru belajar, jikalau salah tolong tunjukkan'. Setakat ini, kami baru menghidupkan KEMBALI cendawan kami setelah mendapatkan teratak yang sesuai untuk cendawan kami. Alhamdulillah. Insyaallah..saya akan update perkembangan kami dari semasa ke semasa.